Kawan vs Lawan
Salam,
Buat pertama kalinya, saya mula mencorakkan sesuatu di laman ini setelah sekian lama ‘sign up’. Banyak perkara yang ingin diperkatakan dan diluahkan namun masih tidak mampu menggerakkan jari jemari ini pada ‘keypad’ laptop kesayangan yang berjenama hp-compaq (saje nak promote laptop ;P). Isu yang menarik perhatian saya pada saat ini adalah berkenaan dengan ‘kawan vs lawan’.
Baru sebentar tadi saya bersama roomate berbincang perihal kawan. Kawan yang dianggap kawan tapi bukanlah kawan yang sebenar. Sememangnya hidup ini agak sukar jika kita mengasingkan diri dari orang lain (kawan). Walau bagaimanapun, berdasarkan perbualan kami, agak sukar untuk kita memiliki kawan yang benar-benar memahami diri kita, sama-sama susah dan sama-sama senang.
Kadangkala, kita berasa bahawa individu itulah kawan kita, segala masalah dikongsikan bersama dan sentiasa bersamanya. Namun, tidak semua kawan itu benar-benar ikhlas. Ibarat ‘talam dua muka’ atau perkataan yang sesuai, hipokrit turut menjadi agenda di sebalik persahabatan yang dihulurkan. Sedih rasa bile diri ini terjadi, tapi ingatkan diri bahawa situasi ini merupakan pengalaman.
Kerana itulah, sahabat yang setia, yang sedia mendengar serta bersama-sama kita sama ada susah atau senang ialah Allah swt. Sentiasalah mengadu kepadaNya dan dekat di sisiNya. InsyaAllah segala urusan kita akan sentiasa dipermudahkan. Anggaplah kawan yang bertukar lawan sebagai satu dugaan dalam menguji kekuatan hati kita. Sama-samalah kita berdoa
..