Kisah TTCku..

Assalamualaikum…

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya dapat jugak aku gerakkan jari jemari aku untuk post pertama bagi tahun 2014.. macam2 sebenarnya yang berlaku sepanjang kesenyapan aku ni. Cuma tak mampu nak taip je.. hehehe.. (pdhalnye pemalas ;))..

Berkenaan dengan kehidupan ttc aku ni, stakat ni aku fokus kepada rawatan hospital.  Last urut pada bln 2 then aku stop lepas dtgnye miss ‘p. Frustla kononnye. Yela,  masa last berurut tu aku agak excited kot2 adala rezeki aku but… -ve.  :(..  Kata2 mak cik tu pn sdkt sbnyk beri harapan pd aku. Result mengurut?.. erm, mak cik tu bgtau yg perut bhgian kanan aku bengkak n makcik tu juga bagitau salah satu faktor knape aku masih lg blm pregnant sbb ada sesuatu yang menumpang. So, selain berurut, mak cik tu juga suruh aku mandi dengan air limau+lada hitam.  Adalah dalam beberapa kali. Tapi tula, still -ve..

Ok, abis sudah dengan cerita berurut, so aku nak share ckit tarikh2 keramat aku wat treatment kt hospital lak yer..

1.  17/10/2013

2.  12/12/2013

3.  6/2/2014

4.  15/03/2014 – hsg

5.  24/04/2014 – tvs

6.  10/06/14 – tvs d10

Kalau dilihat pd tarikh tu, aku start wat treatment pd thn 2013.. Sbnrnye, sblm aku wat di hospital, aku dah start kt klinik swasta.  Mkn clomid sumer la. Tp yela, klinik tmpt aku xde yg klinik pakar o&g yg spesifik punye.  Mkn clomid pn masih lg blom +ve.  So, aku pn beralih ke hospital kerajaan.

Tarikh pd no.5 sbnrnye, appointment utk tau keputsan hsg. Tp wat tvs sbbnye aku ada amik clomid dr klinik swasta. Ya, kena bebel dgn doc, but aku puas.  Kalo ikutkan hati, aku ni mmg lemah sesangat dgn pengurusan hospital kerajaan ni, but nak wat camna.. sabo je.. Kalo aku tak amid clomid, bln kemudian bru dpt wat tvs dan tau kondisi aku sbnrnye.  Berdasarkan pada result hsg, tiub fillopio belah kanan aku tersumbat, belah kiri aku ok. So ada chance nk pregnant.. Cuma, bak kata doc, belah kanan menghasilkan lebih bnyk telur berbanding kiri.  Sedikit sedih bila aku tau pasal ni.. Then, tambah menyedihkan lg, bila aku juga disahkan ada PCOS bila wat tvs. Kalo ikutkan waktu tu aku mkn clomid 150 gm yg 2 biji sehari tu, maknenya suppose dpt mematangkan telur dengan lebih giat. Tapi, dengan 8 biji telur, xde satu pun yang matang.. sumenya kecik.. 😦

Sblm ni, doc sahkn aku ada cyst.. So, skrg ni aku ada CYST+TIUB FILLOPIO KIRI BLOCK+PCOS.  Jadi skrg ni, sahla aku yang bermasalah.. Sepanjang aku drive nak balik ke rumah, aku nangis.. nangis sepuas2nye.. sedih sgt2 sbb masih lg blom mampu bg zuriat kt suami aku.. Anugerah yang sangat aku idam2kn..

Then, kalo tgk pd tarikh no. 6, aku still lg akan buat tvs tapi kali ni aku akan ber’appointment’ dgn prof. pulak. Sebagaimana yg diperkatakan oleh nurse tu la.. Gerun jugak, tibe2 aku kna jumpe dgn prof n bknnye doc biasa kt o&g tu.. Harap2 adala hasilnya.. So, mcm biasala d2-d6 aku mkn. Suppose d7-d10 aku amik FSH tp xjd sbb kna jumpe prof.. n mybe buat pd bln 8 pulak.. Lambatnyer…. ok,la.. nanti kalo ada cite best psl jupe prof tu, aku akan post ye..hehehe..


.

 

Kisah Kawan Suamiku… :)

Assalam…

Halo my dearies.. huhu.. perasan je kalo ade orang baca entry aku.. Al-kisahnya, according to entry above, sabtu baru ni hubby aku berjumpa ler dgn kwn lama masa sekolah yg dah bertahun2 tak jumpa. Kiranya macam jejak kasih la.. hehehe.. Dlm borak2, lelaki sebenarnya tidak terkecuali juga bercakap soal ttg anak. Mcm besela, hubby kate xde anak lg. Tnye berapa lama dah kawin, hubby jwb 3 thn.. Then, kwn hubby aku kata xper, bru lg tu.. Pada hal aku rasa 3 thn tu sbnrnye dh bleh dalam proses anak ke-2 dh.. Knape agaknya kwn hubby aku kata mcm tu yerk?.. Sbnrnya, dia pn senasib dgn kami ini n lg la lama dr kami yg bru 3 thn.. 6 thn diaorg org berusaha n akhirnya dikurniakan zuriat.. Mcm2 usaha yg telah diaorg wat dr moden hinggalaa ke tradisional. Akhirnya, bila dh 6 thn, diaorg dh mula redha. Kwn hubby siap doa bhw dia redha kalo smmgnya zuriat bukanla rezeki utk mereka. Tp kuasa Allah swt, xlama kemudian isterinya hamil… And now, diaorg tlh pn mempunyai 3 orang cahaya mata..

Erm.. bila aku dgr je hubby aku cerita psl kwn die ni, aku muhasabah. Aku sbnrnya bertuah. Walau pun xde rezeki zuriat lg, tp Allah sentiasa memberi rezeki yg lain utk aku sekeluarga. Apa yg aku perlukan. Dan terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seorang suami yg sangat memahami aku.. Sayang bie bnyk2.. ❤ ❤ ❤

12/12/2013#third checkup

Assalam..

Hari Khamis baru ni, aku baru je selesai dengan appointment infertility yg ke-3. Hasilnya, setelah wat blood test cd2 n cd21, doc bgtau, hormon aku rendah. Then, masa scan perut, doc terjupe pulak cyst berukuran 2cm.. Walhalnya, sblm ni scan xde pulak traced cyst.. Hm.. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui umatmu ini.. Tapi, alhamdulillah PCOS takde. Halnya dgn hubby aku pulak, according to the doc, jumlah spermanya just border line je. Doc suruh hubby aku amik test lg skali before the next appointment. Jd kami berdua ni ada sedikit probs. Namun, bg hubby aku, maybe next result lain coz test yg dia buat ni sblm pengambilan zinc shaklee. So, kalo nak tau sama ada zinc shaklee ni membantu atau tidak, bleh la tgk next result nanti. Dan aku pulak, agak hairan jugak ada cyst sbb aku skrg ni tgh mengamalkan jsd dan lumiglow.  At least korang mesti tau salah satu fungsi lumiglow kan.. (mengecutkan cyst).. Erm.. dah nak terkena kan. Kun fa ya kun.. Patut jugak kenapa period aku lewat smpai 6 minggu sblm ni.  Maybe sbb cyst kot..

Walau bagaimanapun, aku tetap tak putus asa. Mungkin itu bahagian aku n hubby.  Skrg ni, aku tgh giat mengambil suhu bdn pulak. Apa fungsi nye yerk… Erm.. next entry aku terang kan yer… huhuhu.. Tapi aku masih lagi tak hilang harapan dan akan terus berusaha.. Baru 3 tahun (19/12/2013 genap 3 tahun).. Allah Maha Mengetahu… 🙂

Progress 5

 

 

Perkembangan terbaru my sweet first home… 🙂
DSC01083 DSC01085

Dah lame tapi xde ape-ape lagi?

Erm. Mesti korang bleh agak soklan ni ttg ape kn. Biasanya soklan ini akan ditujukan golongan yg spesis dgn aku.  Baru-baru ni 30/11 aku, hubby, SIL n BIL ke Ipoh bg menghadiri kenduri kawen cucu maknjang sebelah late FIL. So, kami ni sbg wakil la. Setahun yg lepas, aku pernah mengunjungi rumah anak maknjang utk melawat arwah opah yg sedang nazak. (Maknjang tinggal dengan anknya time tu) Walau bagaimanapun, lepas je siap melantak, aku telah disoal dengan soklan sentap.

Situasi: Kami didatangi oleh maknjang iaitu mak sedara suami aku di meja makan dan bertanya khabar. Kemudian, beberapa minit lepas tu aku, hubby, SIL n BIL n juga SIL dr Kedah n anak2 comelnye pn siap makan.  Then, dia memandang aku dan keadaannya seperti memandang sambil berfikir. Aku masa tu bleh agak nak soal ape. Tapi wat2 senyum..

Maknjang: Dah lame ni. Dah lame tapi xde ape-ape lg?

Aku            : Senyum ( Tapi dalam hati sentap woo..)

Maknjang: (Masih lagi memandang ke arah aku)

Aku            : Satu hari nanti adala. InsyaAllah satu hari nanti

Tu la die perbualan ringkas antara aku n maknjang. Aku hanya mampu memandang ipar2ku n senyum. Sedih:(..  itu yang aku rasa pada waktu tu, cuma tak tunjuk. Mungkin maknjang cuma nak tau je. Tp soklan tu tetap buat aku sedih. Untuk pengetahuan korang, hubby aku merupakan anak ke-2 dari sembilan adik beradik. Aku pulak anak pertama dari tiga orang adik beradik.  Jadi, bile aku xpregnant lg, sudah semestinya aku akan dipersalahkan dalam hal ni.

Sebenarnya dh lame soklan ni xdiajukan pd aku. Psl aku jarang jupe orang especially sedara mare kecuali terpaksa. Mmg aku berat hati nk jupe sedara mare. Sehingga sekarang smmgnya aku ber ttc. Dan berfikiran positif.  Tp tula, bila muncul balik soklan mcm tu, aku mula rasa down n berfikiran -ve. Macam xde soklan lain nak tnye. Kadang-kadang nak je aku bgtau korang sibuk2 kenape? bukannye menyusahkan korang? aku tak pernah pn masuk campur hidup korang so, stay away from my life! 😦

Hanya Allah swt je yg tau perasaan aku. Aku mmg nak sgt2 zuriat. Nak sgt2 tau tak!!! Tapi xde rezeki lg.. Aku cuba fikir, mungkin zuriat masih lg belum menjadi keperluan aku sebab Allah memberi apa yang kita perlu. Dia Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Pemurah dan Maha Mendengar. Oleh sebab itu, w/bgaimanapun, aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada skrg…

my helicornia’s suite progress 6

Salam, sedikit pic utk progress rumah.. Kali ni bumbung sudah naik.. huhuhu

DSC01025 DSC01026 DSC01027

Sekian, terima kasih… 🙂

My new ‘family’ arrived..

Assalam… hehehe.. how r u? 🙂

Dengan segala hormatnya, i would like to introduce my new family…

Image

Exora Premium CVT + mr. hubby +salesman.. 🙂

Akhirnya, apa yang ditunggu selama hampir seminggu telah pun tiba.. Entry sblm ni aku ada nyatakan colornyer ialah genetic silver kn.. tp, esoknyer sblm nk sign agreement, kami tlh berubah fikiran utk memilih solid white.. Apa-apa pn, bg aku, kedua-dua color tue lawa.. 🙂

Syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah swt… amin

My helicornia suite’s progress 5..

Assalam..

Progress rumah setakat ni.. Kalo ikut kiraan aku, hampir 65% siap.. InsyaAllah.. 🙂

 

Image

Wassalam..

 

 

 

 

 

 

 

 

-ve.. :(

Assalam.. erm. Cuaca hari ini nampak mendung aje. Macam tau je yang aku pun tengah mendung jugak.. 😦

Dlm entry sblm ni, aku ada sebut psl miss ‘p’ yg masih tak kunjung.. Sehinggalah ke hari ini, miss ‘p’ masih lagi tak menjengah. (Lewat 1w6d). Kalo ikut kiraan doc, if aku pregnantla, skrg ni suppose dh 6 minggu.. Tp, syg seribu kali syg, im not pregnant.. Siap scan lagi.. (nanti aku upload yer)…

DSC01011

Time miss ‘p’ lewat seminggu.. 😦

Walau pun tak pregnant, berdasarkan scan tsbt, aku tak de masalah dengan cyst, pcos dan ovari aku dalam keadaan kedudukan yang baik..

So, skrg aku dah tau resultnya.. Lepas ni aku nak cuba pulak produk LUMIGLOW & SHAKLEE (Alfalfa &gla)..

 

DSC01010

Lumiglow

 

 

Kita tak boleh putus asa kan.. Yang penting usaha.. Allah swt Maha Mengetahui.. ;)..  Mungkin buat masa ni bukan rezeki aku lagi kan.. 🙂 Okla, korang doakan yer… Kepada ttc, sama-sama kita berusaha k..

Wassalam..

My future ‘family’…

Assalam. hi, :)… Kalo korang baca tajuk entry, mesti korang tertanya-tanyakan or mesti agak nak story pasal anak.. hehehe, anda silap…

Sebenarnya saje je aku menge’vogue’kan tajuk.. Tengah hari tadi, aku and hubby menjengahkan diri ke proton showroom.. InsyaAllah kalo diizinkan Allah swt, hujung minggu depan akan bertambahla ‘keluarga’ aku.. Mengapanya agaknya agak terdetik nak beli kereta yer… erm…

Dipendekkan cerita, sebenarnya aku mmg dah lama nak ada kereta. My dream car “FORTE/CERATO”.. Tapi bila fikir semula, elok aku rembat mpv especially bila  aku nak bawak abah, mak n mak mertua aku g jalan2 skali.  Bila ada rezeki lebihla.. huhuhu.. InsyaAllah. amin.. Perkara yang mendorong aku untuk lebih memilih mpv ini adalah kerana aku nak hantar abah n mak ke aiport 30 nov ini. Jadi, at least abah n mak aku akan rasa selesa.

So, setelah berkira-kira mpv ape yang hendak aku rembat, akhirnya aku telah memilih….

$
$
$
$
$
$
$

U

R

P

R

I

S

E

$
$
$
$
$

Image

Image

Ya, aku telah memilih EXORA BOLD PREMIUM CVT warna GENETIC SILVER, sebijik macam gambar kat atas tu.. Cuma yg tu bukan mpv akula.. Pinjam yer pic tu Arenakereta.com.. hehehe

Selain dari kemudahan untuk mendapatkan spare part proton, aku juga tertarik dengan features yang ditawarkan. Tambahan lagi, explanation dari salesmen yang meyakinkan… hehehe..

InsyaAllah, akanku uploadkan my real mpv nanti… 🙂